Tomato sememagnaya berkhasiat. Menurut kajian perubatamn " lycopene " dalam tomato boleh mencegah daripada penyakit cancer. Sebaik baiknya dimakan mentah atau dijadikan fresh juice untuk mengekalkan kandungan nutriennya.
Bahan Bahan :
2 biji tomato ranum ( dibelah empat )
Sejengkal celery ( dihiris nipis )
2 sb susu pekat manis
1sb susu sejat ( evaporated milk )
Air secukupnya
Cara Cara Penyediaan :
Tomato dibersihkan dan dibelah empat
Bersihkan celery dan dihiris nipis
Masukkan tomato, celery dan air ke dalam pengisar. ( kisar sehingga halus )
Tapis jus.
Masukkan susu pekat manis dan susu sejat ke dalam jus. ( kacau sehingga sebati )
Tuang ke dalam gelas dan hiaskan ia.
SELAMAT MENCUBA :)
0 Response to "JUS TOMATO BERSUSU ENAK"
Post a Comment