RESEPI CHAR KWAY TEOW

CHAR KWAY TEOW
Makanan Tradisional Kaum Cina.


Char kway teow yang paling terkenal di Malaysia ialah Penang Char Kway Teow. Semua orang dari pelbagai tempat sering mengunjungi Penang untuk merasai keenakan dan kelazatan makanan tradisional ini.Char kway teow juga amat terkenal di negara lain. Contohnya, negara Brunei,Singapura dan Indonesia. Char kway teow ialah makanan tradisional yang paling terkenal dalam kalangan kaum Cina dan disukai orang ramai.





Bahan-bahan ( 2 orang ) :-

* UnTuK PASTE *


  • 200 gm udang
  • 250ml air
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sudu sos tiram
  • 3 sudu kicap pekat
  • 3 sudu kicap manis
  • 2 pati ikan bilis / pati udang
  • 2 sudu garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sudu)
  • 1 sudu gula
  • * UTK MEE *
  • 300 gm kuey teow
  • 1 sudu cili boh
  • kerang
  • sedikit kucai & taugeh
  • 2 biji telur




Cara Cara :-

* UnTuK PASTE *

  • Rebus udang dengan air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya ( air rebusan jangan buang )
  • Campurkan semua bahan untuk paste dengan air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yang agak pekat.
  • Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dalam peti sejuk.


* UnTuK MEE *


  • Tumis lada boh hingga garing. 
  • Masukkan dalam 4 sudu paste tadi.
  • Masukkan udang yang telah direbus tadi dan kerang ( biasanya char kway teow agak berkuah )
  • Dengan itu letak sikit air dalam 1/2 cawan.
  • Air didih masukkan kway teow, kucai, taugeh dan kacau rata.
  • Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. 
  • Proses memasak char kway teow ini dalam 3-4 min sahaja, pastikan api kuat semasa memasak.


   


   Char kway teow merupakan hidangan mi yang paling terkenal di Malaysia.Ia digoreng diatas api yang kuat dan panas dengan kicap,sos cili,telur,udang,kerang,
taugeh dan kucai Cina. Bagi kaum Cina, char kway teow mestilah digoreng dengan lemak daging untuk memastikan kewangian makanan tersebut.Char kway teow membekalkan nutrien dan tenaga yang mencukupi kepada seseorang individu.Makanan tradisional ini amat murah dan harganya berpatutan. Makanan ini juga boleh didapati di mana-mana restoran cina ataupun di pasar malam.


 

0 Response to "RESEPI CHAR KWAY TEOW"

Post a Comment