Easy Red Velvet Cake

Easy Red Velvet Cake




Bahan-bahan ( loyang 8 )

Bahan A :-

2 cawan tepung gandum/kek
1st baking soda
1st baking powder
2sb serbuk koko
1st garam

Bahan B :-

2 cawan gula
1 cawan corn oil ( guna 3/4 cawan )
2 biji telur A
1 cawan buttermilk**
2st esen vanilla
1sm pewarna merah ( boleh tambah ikut suka )
1st cuka
1/2 cawan air kopi panas

Topping :-

150g cream cheese ( keluarkan dari fridge, biar selama 1 jam bagi lembut, topping smooth tak berketul )
30g butter ( softened )
60g gula icing
1st esen vanilla
1st pes/jus lemon ( optional )

Cara Cara :-

Panaskan oven suhu 160oC. Griskan loyang 8" dan tabur sikit tepung.
Satukan dan ayak semua bahan A.
Dalam mangkuk besar, satukan gula dan minyak. Masukkan telur, buttermilk, esen vanilla dan pewarna merah. Kacau dengan whisk dengan sebati.
Masukkan cuka dan last sekali air kopi panas. Kacau sebati.
Masuk tepung sikit sikit, kacau rata setiap kali kemudian masuk tepung.
Tuang adunan ke dalam loyang.
Bakar 45-60 min. Check selepas 45 min ( ada oven yg lebih panas). Jgn over-bake nanti kek akan menjadi kering!
Dah masak, keluarkan dari oven. Biarkan kek dalam loyang sampai loyang dah suam. Keluarkan kek letak atas wire rack, biar sejuk.

Untuk topping :

Pukul cream cheese dan gula icing hingga kembang ( berwarna putih ).
Masuk butter, esen vanilla dan jus lemon. Pukul sebati.
Trim sikit bahagian atas kek yang berkerak ( kerak boleh simpan, tabur atas kek untuk buat deco ). Potong kek menjadikan ia 2 atau 3 layer. Lapiskan dan salut kek demgan topping cream cheese mengikut suka.
Sejukkan kek dalam fridge at least 4 jam ( semalam lagi sedap )
**buttermilk : 1 cawan susu fresh + 1sb cuka atau jus lemon. Biar 10-15 min, baru kacau.

0 Response to "Easy Red Velvet Cake"

Post a Comment