RESEPI ENAK APPLE PIE ( GORENG )
BahaN BahaN Inti :
2 biji apple merah/hijau - potong dadu
1/3 cawan gula ( jika tak suka manis, boleh kurangkan kepada 1/4 cawan saja )
1/2 senduk serbuk kayu manis
1 sdb perahan jus lemon (nonie pakai apple hijau so x letak la lemon nie)
1 senduk tepung jagung + 1 sdb air
BahaN BahaN PastrI :
2 cawan tepung gandum
1 sdk garam
1/2 cawan butter - beku (sejuk)
1/2 cawan susu segar sejuk
**minyak untuk menggoreng
Cara Cara PenyediaaN :
Dalam periuk, campurkan apple, gula dan serbuk kayu manis. Gaul sebati atas api yang kecil.
Gaul sebati. Masukkan pula bancuhan tepung jagung.
Gaul dan masak sehingga dapat kepekatan yang ideal.
* Jika anda rasa ada kekurangan pada rasa masam atau inti tersangat manis, bolehlah tambahkan perahan jus lemon bagi menyeimbangkan rasanya.
Pastri :- Ayak tepung dan garam. Masukkan butter dan gaul menjadi seperti serbuk roti.
(Gaul guna hujung jari)
Masukkan susu sedikit demi sedikit. Jika perlu, bolehlah tambahkan lagi susu. Adunan ini seharusnya lembut tetapi sedikit liat.
Canai doh atas papan canai dan potong dalam bentuk segiempat (8cmx4cm).
Masukkan inti di permukaan kepingan pastri dan lekatkan kepingan yang lain pada kepingan tersebut. Tekan keseluruhan bahagian tepi pastri. Kemudian, kelim atau lipat ke belakang. Lebih mudah, tekan dengan garfu.
Goreng menggunakan api sederhana sehingga keperangan/keemasan.
*Tips : kalau nak dapat kulit pie yang rangup,boleh simpan pie kita tue dalam peti sejuk selama sejam sebelum di goreng.
SELAMAT MENCUBA :)
0 Response to "RESEPI ENAK APPLE PIE ( GORENG )"
Post a Comment