RESEPI PUDING ROTI BAKAR

PUDING ROTI BAKAR



Puding roti bakar ni banyak orang yang dah tau cara membuatnya. Banyak pula versi cara membuatnya. 
Resepi di bawah ini adalah salah satu cara yang mudah membuat Puding Roti Bakar di rumah .


Bahan Bahan :-


  • 8-10 keping roti(bergantung kepada ketebalan roti) 
  • 500 ml susu segar/susu cair/campuran kedua jenis susu 
  • 4 TBSP gula halus 
  • 2 TBSP mentega/majerin 
  • 1 tsp asen vanilla 
  • 2 biji telur 
  • 1 TBSP tepung jagung 
  • Sedikit jem(apa-apa perisa) 
  • Kismis
Cara Cara :-


  1. Ambil beberapa keping roti dan sapu dengan jem permukaannya dan susun di dasar bekas / loyang. 
  2. Lebihan roti yang tinggal, dikoyak-koyakkan dan rendamkan ke dalam susu. Ketepikan. 
  3. Dalam satu bekas lain, masukkan mentega dan gula. 
  4. Pukul sikit dengan ballon wisk hingga sebati. 
  5. Masukkan asen vanilla ( kacau rata ) 
  6. Masukkan telur dan pukul rata dengan ballon wisk tadi hingga sebati. 
  7. Masukkan pula tepung jagung dan kacau rata. 
  8. Campurkan adunan mentega dengan adunan roti yang direndam di dalam susu tadi ( kacau rata ) 
  9. Masukkan pula kismis dalam adunan. Banyak kismis yang ingin digunakan bergantung kepada kehendak masing-masing ( gaul rata ) 
  10. Tuang rata adunan ke atas roti yang disapu jem tadi. Taburkan sedikit kismis sebagai hiasan. Biar seketika(dalam 5 minit) supaya susu meresap ke dalam lapisan roti yang di bawah. 
  11. Bakar dalam oven pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.



NOTA : Selain dari kismis, buah ceri yang telah dipotong kecil-kecil sebagai hiasan. Kalau nak guna coklat chip pun boleh sebagai hiasan atau untuk digaul di dalam adunan. Terpulang kepada masing-masing nak letak apa di dalam puding roti ni.. Bagi penggemar keju, boleh taburkan sedikit keju parut di atas permukaan puding sebelum membakar.

Untuk mengetahui samada puding telah masak atau belum, keluarkan bekas dari oven dan cuba goyang-goyangkan sikit bekas pembakar. Sekiranya adunan di bahagian tengah puding masih bergoyang-goyang, tambah lagi waktu pembakaran.

0 Response to "RESEPI PUDING ROTI BAKAR"

Post a Comment