RESEPI RINGKAS LALA GORENG BERCILI

RESEPI RINGKAS LALA GORENG BERCILI 








Bahan-bahannya :



  • 1 kg Lala
  • 3 biji cili merah*
  • 4 biji cili padi*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 3 ulas bawang merah*
  • Sedikit belacan*(* bahan ini dikisar halus)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 batang serai - diketuk
  • Garam /gula/ perasa pilihan
  • Sedikit minyak untuk menumis




Cara Cara Penyediaan :




  • Bersihkan lala & toskan. Ketepikan.
  • Panaskan kuali & tumiskan bahan-bahan kisar beserta dengan serai sehingga naik bau.
  • Masukkan sos tiram, kacau sebatikan.
  • Kemudian masukkan garam, gula dan perasa pilihan. 
  • Kacau sebatikan & sesuaikan rasanya dengan citarasa kita.
  • Masukkan lala, kacau sebatikan. Masaklah lala itu sehingga elok masak anggaran 10 minit. Lala akan mengeluarkan air, sesuaikan kepekatannya. Sekiranya suka air banyak, maka bolehlah ditambahkan dengan air sedikit lagi.
  • Apabila sudah masak, bolehlah dihidangkan.

0 Response to "RESEPI RINGKAS LALA GORENG BERCILI"

Post a Comment