Resepi Tradisional Kuih Getas-Getas

Resepi Tradisional Kuih Getas-Getas









Bahan Bahannya :-

250gm tepung pulut
1/2 cawan kelapa parut (bubuh lebih kalau nak lagi sedap)
1 cawan air (jangan tuang semua)
sedikit garam

Bahan untuk sira :

1 cawan air
2 sudu gula



Cara Cara Penyediaan :-

Satukan tepung pulut, kelapa dan garam. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat ditangan.
Rehatkan doh selama sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dibentuk. (Paling elok, buat malam pastu bentukkan bujur dan goreng esok paginya)
Bentukkan bujur dan leperkan.
Panaskan minyak dan goreng sehingga keemasan
Toskan
Proses menyira
Sediakan kuali, masukkan air dan gula
Masak sehingga ia menjadi pekat  (buih2 gula naik penuh dan kecil-kecil)
Tutup api
Masukkan kuih dan kacau sehingga terbit bunga gula.
Angkat dan hidangkan.

0 Response to "Resepi Tradisional Kuih Getas-Getas"

Post a Comment