Resepi Nasi Lemak

Nasi Lemak



Bahan- bahan untuk membuat nasi lemak (untuk 4 orang)
Bahan A (untuk nasi)

  • 3 cawan beras (dibasuh dan ditoskan)
  • 3 ½ cawan santan pekat
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • Sedikit gula dan garam


Bahan B (untuk sambal)

  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih (dikisar)
  • 4 sudu besar cili giling
  • Sedikit asam jawa
  • 1 inci halia (diketuk)
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • ¾ gula melaka
  • Sedikit gula dan garam
  • Minyak untuk menumis


Cara-cara masakan Nasi Lemak
  • 1. Satukan kesemua bahan-bahan A ke dalam periuk.
  • 2. Tanak nasi seperti masak nasi biasa


Cara membuat sambal nasi lemak 

  • 1. Tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
  • 2. Kemudian masukkan cili giling, halia, asam jawa dan daun pandan.
  • 3. Tumiskan sehingga pecah minyak.
  • 4. Masukkan sedikit air, kemudian masukkan gula melaka, bawang besar serta sedikit gula dan garam.
  • 5. Tumis sehingga pecah minyak sekali lagi.
  • 6. Masukkan bilis goreng ke dalam sambal atau boleh juga diasingkan dari sambal tadi.
  • 7. Hidangkan bersama ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, timun dan telur.
  • * Tips tambahan:- gunakan kelapa tua dan elakkan kelapa muda, kerana kelapa muda kurang bersantan dan nasi akan kurang berlemak.

0 Response to "Resepi Nasi Lemak"

Post a Comment