Resepi Sambal Kering Ikan Bilis Tempe

SAMBAL KERING IKAN BILIS TEMPE



Bahan Goreng

  • 1 paket tempe
  • 1 mangkuk ikan bilis

Cara-Cara

  • Potong tempe tu nipis-nipis ( jangan terlalu nipis )
  • Gaul dengan garam dan sedikit kunyit 
  • Goreng tempe (sampai garing )
  • Goreng ikan bilis ( sampai garing dan angkat letak tepi )

Bahan Tumbuk

  • 3-4 biji bawang merah (nak pakai bawang besar pon boleh.. tapi pakai suku je)
  • 3 biji bawang putih
  • 1 senduk besar cili kering blend
  • 1 keping asam keping
  • garam dan gula
  • 1 senduk minyak masa

Cara-Cara


  • Panaskan minyak kemudian tumis bahan tumbuk
  • Masukkan cili kering blend ( masak hingga sebati, api kecik ) 
  • Letak garam dan gula ( garam tak perlu banyak sebab ikan bilis tu dah masin )
  • Gaul hingga cili betul-betul masak
  • Masukkan asam keping
  • Masukkan tempe dan bilis tadi ( gaul sehingga rata dan sebati )
  • Kalau agak-agak terlalu berminyak ( angkat letak kat tapis ) 

0 Response to "Resepi Sambal Kering Ikan Bilis Tempe"

Post a Comment